COVID-19: KERAJAAN PAHANG BAKAL LAKSANA PENUTUPAN PREMIS SEAWAL JAM 7 PETANG DI LIMA DAERAH

Oleh: Fansurina Abdullah

Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 19 MAC 2020: Kerajaan Negeri Pahang bersetuju mengeluarkan arahan penutupan premis perniagaan di lima daerah positif COVID-19 bermula 21 Mac ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lima daerah itu ialah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong dengan jumlah keseluruhan kes terbaru dicatat pada hari ini ialah 32 kes.

“Penutupan ini adalah tertakluk kepada semua jenis perniagaan bermula jam 7 petang sehingga 7 pagi,” katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, daerah Cameron Highlands telah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 petang sejak semalam.

Tindakan ini bertujuan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di negara ini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berharap orang ramai dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.

“Saya sangat berharap tiada peningkatan kes di negeri ini dengan jumlah 32 kes itu kekal untuk hari ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: