Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Abdul Rahman Osman.

COVID-19: KEKAL DI RUMAH DIKIRA IBADAH – MUFTI PAHANG

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 27 MAC 2020: Umat Islam yang patuh kepada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu sebagaimana yang diarahkan kerajaan dikira sebagai amal ibadah dan mendapat pahala.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, pelanggaran terhadap perintah berkenaan boleh menyebabkan dosa kerana dianggap mengingkari perintah Allah dan Rasulullah SAW yang mahukan umat Islam patuh kepada pemimpin di dalam sesebuah negara.

“Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk mematuhi perintah dan arahan yang dikuatkuasakan oleh pemimpin sebaliknya melanggar perintah tersebut adalah bercanggah dengan syarak dan jatuh haram hukumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini, hari ini.

Tambahnya, rakyat perlu mematuhi setiap perintah daripada pemimpin selagi tidak menyalahi agama dan mengajak kepada maksiat.

Malah, keengganan mematuhi PKP juga akan mendatangkan huru-hara yang mengakibatkan masalah sehingga memudaratkan pelbagai pihak.

Beliau berkata, orang ramai khususnya umat Islam perlu memanfaatkan PKP ini dengan mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti solat berjemaah dan bertadarus al-Quran dalam tempoh tersebut.

“Manfaatkan peluang bersama keluarga ini untuk saling mendidik dan tolong-menolong di dalam banyak perkara dalam menghidupkan peradaban yang baik di dalam masyarakat,” katanya.

Malah, terdapat banyak pihak yang turut melakukan kutipan atas talian bagi membantu kejiranan dan masyarakat yang menghadapi kesusahan sepanjang PKP dilaksanakan.

Justeru, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman berkata, usaha murni tersebut sangat digalakkan dalam Islam bagi membentuk akhlak yang murni dan prihatin terhadap jiran tetangga.

“Setiap musibah dan bala yang diturunkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikan kepada setiap umat Islam,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error