KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berdoa didalam satu majlis baru-baru ini.

COVID-19: KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TERPAKSA BATAL MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT TARAWIH BERSAMA RAKYAT

KUANTAN, 23 APRIL 2020: Susulan keadaan negara yang masih berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan rasa berat hati telah menitahkan agar majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama rakyat tidak diadakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, keputusan itu diambil selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan saranan pihak Kementerian Kesihatan yang tidak menggalakkan perhimpunan besar atau aktiviti berkumpulan diadakan walaupun selepas tamat tempoh PKP pada 28 April ini sekiranya ia tidak disambung.

“Baginda berharap dengan keadaan wabak pandemic COVID-19 yang masih melanda ini, ianya tidak akan mengurangkan semangat kita semua untuk terus beribadah malah akan membuatkan kita lebih menginsafi dan mendekatkan mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, baginda juga menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa mematuhi PKP, menjaga kesihatan diri dan keluarga, memakai topeng muka sekiranya berasa tidak sihat dan sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial.

Kenyataan media Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Menurutnya, baginda juga menyeru rakyat membayar Zakat Fitrah yang mana kadar yang ditetapkan bagi Negeri Pahang pada tahun ini adalah sebanyak RM7 manakala pembayaran zakat boleh dibuat melalui kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sama ada secara atas talian (online) atau melalui system penghantaran pesanan ringkas (SMS).

“Baginda turut menzahirkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh rakyat Negeri Pahang dan selamat menjalani ibadah puasa.

“Baginda juga sentiasa mendoakan seluruh rakyat Negeri Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat sejahtera. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Negeri Pahang Darul Makmur daripada wabak, bencana dan malapetaka,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: