Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Gambang.

COVID-19 : 2,710 ORANG PESAKIT DITEMPATKAN DI LAPAN PKRC

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 26 JULAI 2021 : Lapan buah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini menempatkan seramai 2,710 orang pesakit setakat hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, lapan buah pusat berkenaan termasuk sebuah pusat swasta iaitu AzZahra Hotel Seri Malaysia yang menempatkan 103 orang pesakit daripada keseluruhan 148 Kapasiti yang disediakan.

“PKRC Gambang menempatkan 1,100 orang daripada 1,380 tempat manakala Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Kuantan kini boleh dikatakan penuh selepas menempatkan 377 orang daripada 378 tempat.

“Bagi Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bukit Tinggi menempatkan seramai 247 orang daripada 350 tempat yang disediakan dan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) pula menempatkan 234 orang daripada 251 tempat, ” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kol. (PA) Che Adam A. Rahman

Beliau berkata, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang dibuka kembali sebagai PKRC pada 6 Julai lalu kini menempatkan 471 orang pesakit daripada 498 tempat yang disediakan.

“Dua buah PKRC lagi ialah PKRC Jengka yang menempatkan seramai 43 orang daripada 46 tempat yang disediakan serta PKRC Bentong yang diisi 135 orang pesakit daripada 200 tempat yang disediakan.

“Sebanyak 496 tempat atau 16 peratus kapasiti yang tinggal di kesemua PKRC yang telah dibuka ekoran peningkatan kes yang dicatatkan di negeri ini.

Menurut beliau lagi, kapasiti di tujuh buah Pusat Kuarantin yang ada menunjukkan penggunaan sebanyak 478 tempat berbanding 1142 tempat yang disediakan sehingga hari ini.

“Seramai 50 orang ditempatkan di Puasat Kuarantin Institut Aminuddin Baki, 24 orang di i-KPKT, 218 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muadzam Shah, 28 orang di Cool Point Hotel Cameron Highlands dan 76 orang di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

“Dua buah pusat kuarantin lagi di PLGDP, Temerloh yang menempatkan 21 orang dan Amsas, Kuantan seramai 61 orang. Kapasiti di semua pusat kuarantin sebanyak 1142 tempat masih berbaki 664 tempat atau 58 peratus lagi,” katanya.

Menurutnya, tiga buah hotel yang dijadikan tempat bagi kuarantin kendiri ialah di Hotel Sri Manja, Kuantan (13 orang), Hotel Copthorne, Cameron Highlands (2 orang) dan Hotel Vivo, Kuantan (0). – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download