Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Saifuddin Abdullah sewaktu mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, di Kampung Salong, Pekan, hari ini.

CHINI BAKAL NIKMATI INTERNET PANTAS

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 30 JUN 2020: Masalah telekomunikasi di gugusan Felda Chini serta kawasan sekitarnya bakal selesai pada penghujung tahun hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, sebanyak sepuluh buah menara baru yang menyediakan perkhidmatan rangkaian 4G akan dibina mana kala 11 buah menara sedia ada akan dinaiktaraf 2G dan 3G kepada perkhidmatan 4G.

“Bagi perkhidmatan jalur lebar tetap pula, sebanyak 439 premis daripada rangkaian jalur lebar tembaga (copper) sedia ada akan dinaiktaraf kepada rangkaian jalur lebar gentian optik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah sewaktu mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, di Kampung Salong, Pekan, hari ini.

“Ini akan membolehkan perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps. Inisiatif naiktaraf ini akan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad dijangka siap menjelang hujung tahun 2021.

“Sehingga kini dua stesen pemancar sedia ada di Chini dan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Paloh Hinai telah dinaiktaraf ke perkhidmatan 3G, dan 4G pada suku kedua tahun 2020.
Sebuah menara baru dengan perkhidmatan 3G dan 4G juga telah beroperasi sejak suku pertama tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini di Kampung Salong, di sini hari ini.

Turut sama, Pengarah SKMM Pahang Zahari Ismail; Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Datuk Zulfikri Hashim; Pengarah Penerangan Pahang Mohd Salmun Mustafa dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, YB Andansura Rabu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah sewaktu mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, di Kampung Salong, Pekan, hari ini.

Dalam pada itu, Dato’ Saifuddin berkata, proses menaiktaraf dan peluasan liputan internet telah dijalankan oleh pihak pemberi perkhidmatan dengan menempatkan Pemancar Telekomunikasi Bergerak (Mobile Portable Base Station) secara sementara pada Jun lalu.

Jelasnya, menara sedia ada telah dinaiktaraf kepada rangkaian 4G secara kekal dan langkah tersebut bagi menampung khalayak yang berkunjung ke Chini terutamanya kawasan rancangan penempatan utama Felda.

“Hasil daripada kerja penambahbaikan dan penaiktarafan liputan tersebut, penduduk di DN Chini dan di kawasan sekitar mendapat manfaat, dapat menikmati liputan Internet yang lebih baik serta stabil daripada sebelum ini.

“Tapi, saya sedar masih ada beberapa tempat di dalam DN Chini terutamanya di kawasan pedalaman yang masih kurang dan memerlukan peningkatan liputan komunikasi dengan pembangunan infrastruktur atau menara yang baharu,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download