Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

CAMERON HIGHLANDS BERJAYA KUTIP HASIL MELEBIHI SASARAN

KUANTAN, 29 SEPTEMBER 2020: Daerah Cameron Highlands berjaya memungut hasil iaitu sebanyak RM16.25 juta sehingga 25 September lalu berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM7.24 juta tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kutipan hasil berkenaan adalah peningkatan sebanyak 224.45 peratus berbanding sasaran.

“Tahniah kepada Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Haji Ishak Md Napis serta pegawai dan kakitangannya atas kejayaan mengutip hasil bagi tahun 2020 yang telah melebihi sasaran.

“Yang membanggakan, sebahagian besar kejayaan ini ialah daripada kutipan cukai tanah, sasaran ialah RM2.58 juta tetapi kutipan sebenar RM7.01 juta dan kutipan premium tanah, sasaran ialah RM3.07 juta tetapi kutipan sebenar ialah RM4.59 juta.

“Begitu juga daripada kutipan bayaran pelbagai lesen termasuk Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan Lesen Air Mentah, sasaran ialah RM1.07 juta tetapi kutipan sebenar ialah RM4.20 juta,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Katanya, beliau berharap momentum kejayaan ini dapat diteruskan agar pencapaian sebenar lebih cemerlang dapat dicatatkan dalam tempoh tiga bulan sebelum berakhirnya tahun 2020. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 78 total views

Please follow and like us:
error
error: