Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Negeri Pahang, YB. Dato' Md. Sohaimi Mohamed Shah.

PRK CHINI: CALON BEBAS DIMINTA TIDAK BERTANDING

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 7 JUN 2020: Calon bebas seharusnya tidak memasang hasrat untuk bertanding ekoran wabak COVID-19 yang belum pulih sepenuhnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Negeri Pahang, YB. Dato’ Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, mereka perlu memberi pertimbangan sewajarnya dengan mendahulukan kepentingan umum.

“Saya menyeru kepada calon bebas termasuk jika ada calon yang ditaja mana-mana parti agar tidak bertanding. Kita risau jika muncul kluster baharu pula jika ia berlangsung.

“Kita mampu memutuskan rantaian wabak tersebut dengan cara tidak berkumpul beramai mahupun mengadakan aktiviti yang melibatkan orang ramai di sesuatu tempat atau suatu masa seperti pilihan raya,” katanya ketika ditemui pemberita pada satu sidang media di RTM Pahang.

Dalam pada itu, Dato’ Md. Sohaimi yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Lembing menjelaskan bahawa UMNO sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan pada PRK Chini tidak lama lagi.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Negeri Pahang, YB. Dato’ Md. Sohaimi Mohamed Shah.

Ketika ditanya berkenaan calon BN di Chini, beliau berkata penduduk di kawasan itu mahukan orang tempatan diangkat sebagai calon.

Bagaimanapun beliau berkata hal itu terserah kepada Menteri Besar Pahang dan Ketua UMNO Bahagian Pekan untuk membincangkan calon yang tepat dan terbaik.

“Namun, apa yang jelas kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang agar PRK Chini tidak dijalankan, selari juga dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihanraya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata rekod yang sedia ada telah membuktikan bahawa pemimpin BN yang mentadbir sebagai ADN Chini terutamanya Allahyarham YB Dato’ Sri Abu Bakar Harun telah banyak menyelesaikan isu-isu besar di Chini.

“Kalau PRK ni diadakan juga calon yang bertanding atas parti pun kalah, inikan pula calon bebas yang tidak meyakinkan rakyat. Mereka tak mampu bela rakyat, apa yang boleh mereka tawarkan?

“Jika tiada ADN sekalipun, masih ada Ahli Parlimen atau wakil yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan rakyat di bawah DN Chini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: