Mayat Rozi Omar, 52, dibawa ke Hospital Lipis bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh waris keluarga bagi urusan pengebumian.

BOT TERBALIK: MAYAT IBU DITEMUI, ANAK MASIH HILANG

Oleh: FAIRUS MOHD

KUALA LIPIS, 05 JANUARI 2021 : Mayat seorang wanita yang hilang bersama anaknya dalam kejadian bot terbalik berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang di Sungai Jelai di sini semalam ditemui pagi tadi.

Mayat Rozi Omar, 52, ditemui tersangkut pada pokok pisang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada pukul 9.45 pagi tadi manakala Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, masih hilang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Azli Mohd Noor berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada 31 anggota polis dan bomba menyambung kembali operasi mencari dan menyelamat mangsa pada pukul 8.15 pagi tadi.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh waris keluarga bagi urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengahari semalam, empat sekeluarga menaiki bot untuk pulang melihat keadaan rumah mereka di Kampung Bertang, Mukim Ulu Jelai.

Bot berkenaan bagaimanapun karam menyebabkan dua beranak berkenaan tenggelam dan dihanyut arus.

Kedua-dua mangsa hilang manakala suaminya Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anaknya, Nur Aina Ahmad Husin, 23, terselamat dalam kejadian tersebut. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,214 total views,  12 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download