Tiga petugas Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM) yang terlibat dengan kejadian bot karam di Jeti Klinik Kesihatan Kampung Bantal, berjaya diselamatkan oleh 20 penduduk kampung itu, di Jerantut, semalam.

BOT TERBALIK, TIGA PETUGAS KKM SELAMAT

Oleh: Fansurina Abdullah

JERANTUT, 21 DISEMBER 2020: Tiga petugas Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM) yang terlibat dengan kejadian bot karam di Jeti Klinik Kesihatan Kampung Bantal, berjaya diselamatkan oleh 20 penduduk kampung itu, di sini, semalam.

Ketika kejadian pada jam 1.30 tengahari semalam, ketiga-tiga petugas KKM terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Pekerja Am dan seorang tekong bot berada dalam pejalan merawat seorang pesakit di Kampung Mat Daling di Ulu Tembeling, di sini.

Dikatakan paras air melepasi paras amaran sehingga mengakibatkan bot terbalik dan dibawa arus Sungai Tembeling sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Menurut satu kenyataan KKM di laman rasmi Facebook miliknya, kesemua petugas memakai jaket keselamatan namun disebabkan arus deras, salah seorang mangsa dikatakan hanyut sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada dahan pokok berhampiran.

Bot yang terbalik kemudian ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Sementara itu, menerusi Facebook rasmi KKM, YAB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih daripada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin kepada 20 penduduk kampung yang membantu menyelamatkan ketiga-tiga petugas itu.

“Keberanian dan kebaikan mereka perlu disuburkan di dalam diri setiap rakyat negara ini agar menjadi nilai-nilai murni rakyat Malaysia.

“Pengorbanan ketiga-tiga petugas KKM itu dalam melaksanakan tugas dan amanah disifatkan sebagai wira barisan hadapan negara,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download