Antara ahli Puspanita yang menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Pahang Ke-37.

BIJAK ATUR MASA BANTU WANITA HIDUP LEBIH SEMPURNA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 9 MAC 2020: Tanggungjawab dan peranan wanita semakin mencabar seiring dengan peredaran serta perkembangan semasa dunia hari ini.

Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Pahang, YBhg. Datin Sri Dato’ Hajjah Burhah Mohamed berkata, justeru golongan wanita perlu terus aktif dan sentiasa bijaksana dalam membahagikan masa.

“Ia termasuk untuk kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti dalam pertubuhan, dengan tidak meminggirkan fungsi sebenar kita sebagai tonggak dalam keluarga.

YBhg. Datin Sri Dato’ Hajjah Burhah Mohamed (empat dari kanan) pada Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Pahang Ke-37.

“Semua tugasan, peranan dan tanggungjawab ini boleh dilakukan dengan sempurna apabila kita sentiasa bijak merancang aktiviti dalam institusi keluarga, persatuan serta masyarakat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Pahang Ke-37 di Dewan SUK, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Puspanita Cawangan Pahang, YBhg. Datin Sri Kamariah Mohamad; Timbalan Pengerusi 1, YBhg. Datin Indera Kamariah Daud dan Timbalan Pengerusi 2, YBhg. Datin Indera Harlina Arshad.

Sementara itu, beliau juga berharap supaya 10,438 orang ahli Puspanita Cawangan Pahang agar terus komited dalam memainkan peranan sebagai tulang belakang atau ‘person behind the scene’.

“Kita perlu sentiasa sedar, akur dan bangga dengan peranan ini, lalu tetap memeliharanya hinggalah ke akhir hayat, seperti dalam ajaran agama Islam yang turut menegaskan tentang perkara ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: