YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Kerajaan Negeri Pahang kepada 31 penerima di Wisma Sri Pahang, di Kuantan.
Oleh Ain Nadhirah Basha
KUANTAN: “Saya rasa lebih bersemangat untuk memajukan perniagaan bengkel selepas menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang,” kata pemilik bengkel, Encik Wan Mohd Faizal Wan Ibrahim, 35.
Wan Mohd Faizal antara 31 penerima yang menerima sumbangan daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Beliau yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM2,000 berkata, sumbangan ini amat besar ertinya untuk memajukan bengkelnya yang terletak di Jalan Sungai Lembing di sini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Kerajaan Negeri Pahang kepada 31 penerima di Wisma Sri Pahang, di Kuantan.
“Sumbangan ini akan saya gunakan untuk membeli peralatan tambahan selain digunakan untuk membaiki sedikit kerosakan bengkel dan jika masih ada baki, akan digunakan untuk menambah modal perniagaan.
“Perasaan bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri terutamanya YAB Menteri Besar Pahang diatas sumbangan yang bermakna ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Kerajaan Negeri Pahang kepada 31 penerima di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd. Johari Haji Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Abd. Aziz Haji Mat Kiram dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, YB Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah.
Dalam majlis ini, sebanyak RM170,480 telah disumbangkan oleh kerajaan negeri kepada orang perseorangan, persatuan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi di negeri ini.
120 total views, 2 views today