YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

BERI PERHATIAN ISU KESIHATAN MENTAL – MB PAHANG

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 3 MAC 2020: Isu masalah kesihatan mental yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia semakin mencabar dan memerlukan perhatian serius.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2018, peratusan individu yang mempunyai isu mengenai kesihatan mental di negara ini adalah sebanyak 29 peratus bagi kalangan orang dewasa.

Lebih menyedihkan lagi dilaporkan bahawa 12 peratus daripada seluruh kanak-kanak dan remaja di Malaysia turut dikesan mengalami masalah tersebut.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat bukan sahaja perlu memberikan fokus kepada tahap kesihatan fizikal sahaja tetapi juga mengambil peduli mengenai tahap kesihatan mental.

“Peningkatan masalah kesihatan mental ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia turut dirasai di seluruh dunia. Jadi, amat penting bagi setiap rakyat di negara ini memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan secara langsung mengenali gejala-gejala atau tanda-tanda tertentu mengenai tahap kesihatan mental diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan individu yang berada di sekeliling kita,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, rakyat seharusnya menghargai tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa prihatin dalam mendidik rakyat Malaysia untuk terus peka dengan isu kesihatan mental.

“Usaha berterusan ini turut merangkumi tindakan kementerian tersebut melalui program-program komuniti, terutamanya melalui program kesedaran dalam menghapuskan stigma berkenaan penyakit ini.

“Mereka yang mengalami penyakit ini tidak patut didiskriminasi, malah perlu diberikan bantuan dengan kadar yang segera termasuk sokongan dari keluarga dan masyarakat untuk kembali menjalani hidup normal,” katanya.

Menurutnya lagi, kewujudan Unit Kaunseling di hospital kendalian Kementerian Kesihatan di seluruh Malaysia menjadi pilihan tepat untuk mendapatkan rawatan dan tidak seharusnya membiarkan diri menderita dalam senyap.

“Saya amat berharap agar seluruh rakyat Malaysia, terutamanya anak-anak Negeri Pahang Darul Makmur, sentiasa prihatin dan sedar akan tahap kesihatan mental diri sendiri dan individu yang berada di sekeliling kita.

“Jika anda atau rakan-rakan terdekat mempunyai tanda-tanda depresi atau masalah kesihatan mental yang lain, masih ada cara untuk mendapatkan bantuan dan meneruskan hidup secara normal. Marilah kita bersatu hati dalam usaha untuk memastikan rakyat di negara ini, bukan sahaja sihat dari segi fizikal, tetapi juga sihat dari segi mental,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

BERI PERHATIAN ISU KESIHATAN MENTAL – MB PAHANG

LIPIS: Aplikasi PahangGo yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru memudahkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini untuk melakukan urusan harian mereka.

Menurut Maisarah Manani Ahmad, tugasnya sebagai anggota bomba yang kadang-kala terlibat dalam operasi berhari-hari menyebabkannya kekurangan masa untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, institusi kewangan mahupun pejabat pos berhampiran.

“Tambahan pula jika hendak ke bank berdekatan selain urusan ATM, dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan ini jaraknya diantara 20 hingga 25 kilometer kerana saya perlu ke Bandar Lipis.

“Maka dengan adanya aplikasi PahangGo ini ianya amat memudahkan kerana dari balai bomba ini pun saya boleh membayar segala bil utiliti, boleh membeli tiket bas dan mendapat pelbagai maklumat berkenaan Negeri Pahang.

“PahangGo telah banyak menyelesaikan masalah saya dan rakan-rakan di sini. Ramai anggota bomba di Sungai Koyan telah menggunakan aplikasi PahangGo ini, terima kasih Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: