Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, YH. Dato' Hamdan Hussin (kanan) bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Encik Abdullah Jaafar melepaskan anak penyu pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating, Kuantan hari ini.

BERI KEFAHAMAN TENTANG KEPENTINGAN PENYU KEPADA EKOSISTEM LAUT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

KUANTAN, 16 SEPTEMBER 2020: Sebanyak 400 ekor anak penyu dilepaskan di perairan Cherating sebagai usaha pemuliharaan dan kesedaran penyu.

Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Encik Abdullah Jaafar berkata, program yang dilakukan saban tahun ini memberi peluang kepada orang ramai memahami kepentingan penyu kepada ekosistem laut.

Pengunjung melakukan aktiviti gotong royong membersihkan pantai pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating, Kuantan hari ini.

“Usaha melindungi haiwan ini turut mendapat sokongan kerajaan negeri bagi aktiviti pemuliharaan dan kesedaran penyu di Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu, Cherating di sini.

“Penyu amat istimewa kerana ia mampu berenang jauh, merentasi benua dan populasinya akan pupus jika tiada kesedaran untuk memulihara dan memelihara haiwan ini,” katanya pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating.

Dua kanak kanak mewarna replika penyu pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating, Kuantan hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin.

Seramai kira-kira 150 orang terdiri daripada warga Perikanan, MPK dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) menyertai aktiviti yang disediakan.

Seorang pengunjung menunjukkan anak penyu sebelum dilepaskan ke laut pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating, Kuantan hari ini.

Sementara itu, orang ramai digalakkan bekerjasama dan berganding bahu mengambil langkah-langkah yang termampu untuk menyelamatkan penyu.

“Orang ramai perlu bersama-sama menghargai kehadiran penyu ke negara ini terutama yang singgah di Pahang dan diancam kepupusan.

Seorang pengunjung bersama anaknya menunjukkan anak penyu sebelum dilepaskan ke laut pada program gotong-royong (Beach Clean Up) dan pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi Penerangan Penyu, Cherating, Kuantan hari ini.

“Kita boleh memperbanyakkan program mencintai penyu dengan lebih interaktif memandangkan dengan cara ini generasi muda lebih cepat memberikan respon.

“Selain itu, kita dapat meneruskan usaha mengawalselia pantai bagi memudahkan penyu-penyu mendarat dan sekali gus kita akan bantu untuk tetaskan telur dan lepaskan bagi mengelakkan ancaman binatang atau orang awam yang giat mencuri telur penyu,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download