Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar (dua, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada 36 orang peserta Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli pada majlis penutup di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKNN) Negeri Pahang, Kuantan, hari ini.

BENGKEL LAGU MELAYU ASLI CUNGKIL BAKAT PELAPIS BAHARU

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 22 NOVEMBER 2020: Penganjuran Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli julung kali pada tahun ini dapat merancakkan dan mempelbagaikan aktiviti seni di negeri Pahang.

Pengurus Besar Tourism Pahang YH Dato’ Ishak Mokhtar berkata, ia merupakan usaha yang amat dialu-alukan terutamanya dalam mencari bakat pelapis khususnya di kalangan rakyat Negeri Pahang.

“Negara kita ketandusan pencipta dan penyambung legasi lagu Melayu asli, jadi usaha yang dilakukan ini dapat mengembalikan kegemilangan genre muzik istimewa yang pernah menghiburkan suatu masa dulu.

Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar (dua, kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada 36 orang peserta Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli pada majlis penutup di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKNN) Negeri Pahang, Kuantan, hari ini.

“Jadi, usaha sebegini seharusnya mendapat sokongan baik dalam memastikan ia tidak terus tenggelam dek arus zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutup Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau hadir mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin.

Penaung Persatuan Muzik Asli Gemalasari, YH. Dato’ Syed Mohammad Faiz Azemmant menyampaikan ucapan pada majlis penutup Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, Kuantan, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, Puan Dayang Kartini Awang Bujang; Pengerusi Persatuan Muzik Asli Gemalasari, Encik Abdul Razak Bakar serta YH Dato’ Sri Maznah Mazlan.

Sementara itu. Penaung Persatuan Muzik Asli Gemalasari, YH. Dato’ Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, bengkel yang diadakan ini tidak lain bertujuan untuk mengangkat nyanyian lagu lagu Melayu asli ke peringkat yang lebih tinggi.

“Penglibatan peserta-peserta yang hadir juga membuka ruang dan peluang untuk mewujudkan lebih banyak kumpulan muzik asli di negeri Pahang.

“Bengkel ini juga menjadi platform untuk kembali mengetengahkan lagu Melayu Asli di kalangan masyarakat kita terutamanya di kalangan generasi muda,” katanya.

Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar bersama tetamu kehormat dan 36 orang peserta Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Melayu Asli pada majlis penutup di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKNN) Negeri Pahang, Kuantan, hari ini.

Katanya lagi, harapan turut diletakkan pada kerjasama dan sokongan padu daripada pihak kerajaan negeri termasuklah bantuan dari peruntukan bagi melaksanakan program-program berkaitan dalam skala yang lebih besar.

“Kami turut mempunyai perancangan kesinambungan usaha menganjurkan bengkel bagi siri-siri seterusnya selain mengadakan pertandingan lagu Melayu Asli di negeri ini,” -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 206 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: