YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tengah) bersama peserta Bengkel Perancangan 1PahangNet selepas merasmikan Malam Anugerah 1PahangNet di Hotel Nova Highlands di Cameron Highland.

BENGKEL 1PAHANGNET TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN TMOne

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

CAMERON HIGHLAND, 20 FEBUARI 2020: Penilaian mengenai status penggunaan talian melalui Bengkel Perancangan 1PahangNet secara dwi tahunan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan data dan internet yang disediakan kepada agensi kerajaan yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, 1PahangNet adalah salah satu komponen utama dalam pembangunan teknologi maklumat di agensi negeri ini.

“Rangkaian 1PahangNet menjadi nadi kepada sistem telekomunikasi Pejabat SUK Pahang, agensi serta jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Rangkaian ini terletak di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang yang menghubungkannya dengan agensi serta jabatan lain melalui pusat data yang bertempat di Wisma Sri Pahang dan pusat data daerah yang berada di kesemua 11 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pejabat-pejabat agama Islam daerah dan sekolah sekolah menengah agama negeri,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Anugerah 1Pahangnet 2020 di Hotel Nova Highlands, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Negeri TM Pahang, YH. Dato’ Zulfikri Hashim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang, YH. Dato’ Shuhairi Abd Ghani, Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkefli dan Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria Haji Mohamed.

Sementara itu, YH. Dato’ Zulfikri dalam ucapannya berkata, bengkel selama tiga hari itu secara tidak langsung memberi kesan positif kepada pengguna-pengguna dalam jaringan SUK Pahang.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) menyampaikan anugerah Person In Charge (PIC) pada Malam Anugerah 1PahangNet di Hotel Nova Highlands di Cameron Highland.

“Bengkel ini ialah komitmen yang diberikan oleh TMOne bersama rakan strategik kami, GITN Sdn Bhd kepada SUK Pahang khususnya Bahagian Teknologi Maklumat dengan memberi tumpuan kepada perbincangan berkenaan prestasi data dan internet 1PahangNet 2019.

“Kesempatan yang ada juga memberi ruang kepada pembinaan semangat bekerjasama di dalam satu pasukan melaui sesi ‘team building’ yang diadakan dalam bengkel tersebut,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut berkongsi video berkenaan #khabarbaik TMOne iaitu proses menaiktaraf mutu perkhidmatan dan data secara percuma.

Ia bakal dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai bagi semua lokasi sebelum berakhirnya suku kedua tahun 2020 ini. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on google
Google+

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: