Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

BELANJAWAN MESRA RAKYAT, SERLAH SIKAP PRIHATIN KERAJAAN

KUANTAN, 6 NOVEMBER 2020: Belanjawan 2021 membuktikan sikap prihatin tinggi Kerajaan Persekutuan dalam terus menjaga dan memelihara kebajikan rakyat khususnya golongan B-40 yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelbagai inisiatif melibatkan nilai kewangan yang banyak bagi membantu golongan ini membuktikan keseriusan Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat.

“Ini termasuk pemberian ‘one-off’ RM500 kepada petugas-petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertungkus-lumus menjalankan tugas.

“Juga termasuk implikasi kewangan sehingga RM400 bagi menghapuskan hutang kebun oleh peneroka FELDA yang tentunya melegakan peneroka berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap segala inisiatif serta peruntukan yang disediakan akan dapat dilaksanakan dengan jaya serta berkesan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error