Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

BELANJAWAN 2021: TAHNIAH KERAJAAN PERSEKUTUAN

KUANTAN, 27 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah berjaya mempertahankan Belanjawan 2021 (Rang Undang-Undang Perbekalan 2021) di peringkat dasar.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Belanjawan kali ini menyaksikan peruntukan berjumlah RM332.5 billion, lebih RM7.8 billion daripada yang telah diperuntukkan pada tahun lepas.

“Bagi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, kita melihat perancangan Kerajaan Persekutuan yang meliputi pelbagai sektor ini turut membantu rakyat dan pemulihan ekonomi negeri.

“Peningkatan bantuan-bantuan bersasar dan juga pemberian bantuan secara ‘one-off’ adalah suatu perkara yang amat diperlukan pada saat ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang telah memperjuangkan agar kerajaan meluluskan Program i-Sinar pengeluaran wang dari Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi para pencarum yang mengalami masalah kewangan.

“Kita berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menggunakan peluang ini untuk bangkit semula dan merancang dengan baik kewangan peribadi dan keluarga mereka dalam usaha untuk mendepani cabaran-cabaran yang mendatang.

“Adalah penting bagi pihak kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, untuk bersama-sama mendengar keluhan dan berusaha sedaya upaya untuk membantu seluruh lapisan rakyat Malaysia,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,034 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download