Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menunjukkan Buku Belanjawan 2021 Negeri Pahang sebelum dibentangkan pada Sidang Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: PENUBUHAN PMC DIJANGKA SUMBANG RM50 JUTA TAHUN HADAPAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020 : Penubuhan Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) dijangka menyumbang sebanyak RM50 juta kepada Kerajaan Pahang pada tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata konsortium ini adalah bagi menguruskan aktiviti pengeluaran sumber mineral di Negeri Pahang.

“Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) yang akan menjadi Pusat Sehenti (One-Stop Centre) bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti perlombongan di Negeri Pahang.

“PMC turut menjadi pemegang lesen mineral tunggal bagi semua aktiviti mencarigali, penjelajahan dan perlombongan,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Selain itu, pengoperasian Pahang Corporation Sdn. Bhd. pada tahun ini dijangka dapat menyumbangkan hasil kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM4.4 juta pada tahun hadapan.

“Ia (Pahang Corporation) sesuai dengan matlamat penubuhannya yang bertanggungjawab mengkaji cadangan-cadangan pelaburan dari aspek pulangan serta risiko-risiko perniagaan dan memantau pelaksanaan aktiviti perniagaan yang diceburi oleh Syarikat- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tambah beliau lagi, penubuhan Pahang Water And Energy Resources Sdn. Bhd. juga dijangka bakal menyumbang sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri mulai tahun 2021.

“Selain memberikan pulangan hasil kepada Kerajaan Negeri, ia juga membantu pengurusan sumber air mentah sedia ada agar pembekalan air mentah sentiasa mencukupi daripada segi kuantiti dan kualiti.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Pahang turut mempertimbangkan untuk memberi lesen kepada pelombong kecil melalui Skim Pelombong Kecil. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 542 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download