Hamdan Hashmuddin, Hamdan Hashmuddin, 31

BEKAS PESAKIT COVID-19 MINTA RAKYAT PAHANG KEKAL DI RUMAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 31 MAC 2020: Seorang bekas pesakit COVID-19 meminta semua rakyat Pahang supaya menjaga kebersihan dan tidak keluar dari rumah kerana dibimbangi dijangkiti wabak berkenaan.

Hamdan Hashmuddin, 31, jika seseorang dijangkiti wabak ini, ia tidak berlaku serta merta sebaliknya mengambil masa lima hingga 14 hari untuk menunjukkan kesan.

“Virus ini akan menyerang paru-paru sehingga menyebabkan seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Jadi tolong jaga kebersihan dan jangan keluar rumah terutamanya jika membabitkan warga tua, merana mereka ini sangat mudah dijangkiti COVID-19 ini,” katanya dalam satu rakaman video di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila warga emas ini diserang, mereka akan mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

“Jika anda berjumpa dengan seseorang di luar, bukan keesokkan harinya anda akan jatuh sakit, mungkin lima hingga 14 hari baru anda sakit. Sebab itu penting untuk kekal di rumah.

” Jadi warga Pahang tolong duduk di rumah. Kalau ada adik beradik yang hendak keluar tahan mereka, jangan berikan. Kebersihan sangat penting.

“Jika anda pulang ke rumah selepas keluar membeli barang, pastikan anda duduk jauh pada orang lain, dan baju yang dipakai mestilah dibasuh terus serta terus mandi,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: