Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan program Walkabout Pertanian dan Sesi Engagement Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Projek Pertanian di Kampung Padang Jaya, Kuantan, hari ini.

BEKALAN IMPORT MAKANAN NEGARA TIDAK TERJEJAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 25 JULAI 2020 : Bekalan import makanan bagi negara ini tidak terjejas walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata tiada sebarang gangguan dilaporkan dalam urusan import berkaitan bekalan makanan dilaporkan.

“Kita tidak mengalami gangguan bekalan makanan walaupun beberapa bahan makanan yang kita import sejak COVID-19 bermula dan sejak PKP dilaksanakan.

“Contohnya, kita import beras 30 peratus bagi keperluan (bekalan makanan negara) dan daging lembu yang begitu banyak, lebih kurang 67 peratus daripada keperluan, daripada pelbagai negara tetapi kita tidak melihat sebarang gangguan,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan program Walkabout Pertanian dan Sesi Engagement Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Projek Pertanian di Kampung Padang Jaya, Kuantan, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan program Walkabout dan Sesi Engagement Menteri Pertanian dan Industri Makanan Bersama Projek Pertanian Bandar di Kampung Padang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang (JPNP), Encik Mohd Nazri Abu Seman.

Beliau berkata berlaku lambakan berkaitan produk makanan dan pertanian dalam tempoh PKP dijalankan namun perkara ini telah diuruskan oleh pihak berkaitan.

“Beberapa produk makanan dan pertanian seperti sayuran dan buah-buahan mengalami lambakan dan kementerian di bawah FAMA dan pelbagai agensi telah pun menguruskan masalah lambakan yang berlaku.

“Semasa PKP kita tahu ada sekatan dalam pembukaan pasar dari segi waktu operasi dan tempat operasi, jadi lambakan ini telah pun diatasi setelah PKP Pemulihan (PKPP) dijalankan,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan program Walkabout Pertanian dan Sesi Engagement Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Projek Pertanian di Kampung Padang Jaya, Kuantan, hari ini.

Sementara itu, dalam lawatan ke tapak kebun bandar di Kampung Padang Jaya, pihaknya telah bersetuju untuk memperuntukkan RM50,000 bagi memastikan kebun yang diusahakan dapat dibesarkan.

“Kita akan menyalurkan bantuan ini kepada komuniti kebun bandar ini bagi memastikan ia dapat menambah pendapatan mereka yang terlibat.

“Ia juga secara tidak langsung dapat membantu masyarakat yang berminat untuk bercucuk tanam,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan program Walkabout Pertanian dan Sesi Engagement Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Projek Pertanian di Kampung Padang Jaya, Kuantan, hari ini.

Menurutnya program pertanian bandar ini merupakan satu program yang membantu isi rumah bandar bagi meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran tanaman sendiri.

“Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir badan dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi melalui bimbingan Jabatan Pertanian.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan RM10 juta di bawah PENJANA (Pakej Jana Semula Ekonomi Negara).

“Melalui PENJANA, kerajaan menawarkan pakej sumbangan barangan dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada individu sebanyak RM500 dan RM50,000 bagi komuniti,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: