KUANTAN, 19 DISEMBER 2020: Barisan kepimpinan Negeri Pahang hari ini turut hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah balu kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Antara yang hadir adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Allahyarhamah Tun Rahah, 87, meninggal dunia pada petang Jumaat ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, di Ibu Negara.
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandi dan dikafankan sebelum orang ramai dibenar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhama dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan. – PAHANGMEDIA
1,213 total views, 3 views today