Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang.

BANTUAN KHAS RM1,000 BUKTI KEPRIHATINAN TINGGI KERAJAAN NEGERI PAHANG

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam jelas memperlihatkan tahap keprihatinan yang tinggi kepemimpinan Kerajaan Pahang.

Nur Lydia Natasha Dzulkaranain, 29.

Seorang kakitangan kerajaan, Nur Lydia Natasha Dzulkaranain, 29, berkata, semua kakitangan wajar berterima kasih dengan langkah yang diambil itu.

Menurutnya, ia amat menggembirakan apabila Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa setiap inci kejayaan yang dirasai hari ini adalah hasil usaha padu semua kakitangan.

“Sudah semestinya sebagai kakitangan Kerajaan Negeri saya bersyukur di atas pengumuman tersebut, malah tidak menjangka bahawa jumlah yang diberikan semakin bertambah berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM750,” katanya ketika ditemui hari ini.

Nurul Jannah Kamarulzaman, 29.

Bagi Nurul Jannah Kamarulzaman, 29, pemberian bantuan khas tersebut meringankan beban kakitangan terutamanya yang terkesan akibat dilanda pandemik COVID-19.

“Tidak dinafikan bahawa kakitangan kerajaan masih mempunyai kerja namun perbelanjaan kehidupan seharian masih berjalan dengan biasa dan bertambah dengan keperluan lain seperti anak-anak perlu dihantar pengasuh kerana sesi persekolahan yang ditutup lebih awal,” katanya.

Mohd Zuhdi Zakaria, 35.

Isnin lalu, Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi bantuan yang pembayarannya akan dibuat sebelum 16 Januari tahun hadapan.

Seorang lagi penjawat awam, Mohd Zuhdi Zakaria, 35, berkata dia amat berterima kasih atas bantuan berkenaan dan berharap agar ia menjadi pemangkin semangat kepada semua kakitangan untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.

Wan Mohd Khairi Wan Jamaludin, 38.

“Pemberian ini amat menyentuh hati kami.. Terasa dihargai dalam bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam membangunkan kemakmuran ekonomi dan sosial negeri ini,” katanya.

Perasaan sama turut disuarakan, Wan Mohd Khairi Wan Jamaludin, 38, yang mengharapkan bantuan berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam di negeri ini.

Amila Saleha Baharin, 32.

Bagi Amila Saleha Baharin, 32, pemberian tersebut menjadi penghargaan kepada mereka sebagai kakitangan yang turut bersama menyumbang kepada kerajaan negeri. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 317 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: