Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM DI PAHANG

KUANTAN, 15 JULAI 2020: Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seorang, kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, merangkumi gred JUSA hingga ke bawah.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam satu kenyataan berkata, pembayaran akan dibuat esok (Khamis, 16 Julai 2020).

“Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi melaksanakan pembayaran ini. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang saya pengerusikan pagi ini.

“Ia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2020 yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pada 27 Mac 2020,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri untuk meneladani serta membuat pembayaran yang sama.

“Semoga dengan pembayaran ini dapat turut membantu dalam persediaan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha pada akhir bulan ini,” ujarnya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download