Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 UNTUK 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG

KUANTAN, 13 MEI 2020: Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah tahun ini.

Beliau berkata, penjawat awam yang dimaksudkan ialah daripada Gred JUSA dan ke bawah.

Menurutnya, bayaran akan dibuat pada 19 Mei ini, melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri kira-kira RM4 juta.

“Bantuan Khas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada Kerajaan Negeri selama ini.

Saya juga meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Badan-badan Berkanun Negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata,terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT-PBT serta Badan-badan Berkanun di negeri ini.

“Saya berharap, bantuan khas ini dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: