KUANTAN, 25 NOVEMBER 2020 : Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka semula di daerah Raub setakat pagi ini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata PPS yang dibuka adalah di Balai UMNO Kampung Batu Talam.
“PPS tersebut kini menempatkan tiga orang mangsa banjir daripada sebuah keluarga di sini setakat jam 9 pagi hari ini.
“Ini merupakan PPS pertama dibuka hari ini setelah dua PPS di daerah sama ditutup sepenuhnya tengahari semalam,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.
Sebanyak 647 buah PPS di seluruh negeri ini telah dikenalpasti bagi persediaan memindahkan mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga Mac depan. – PAHANGMEDIA
930 total views, 3 views today