Keadaan banjir di Pekan yang semakin pulih.

BANJIR DI PAHANG TERUS PULIH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 16 JANUARI 2021: Mangsa banjir di negeri ini terus berkurangan kepada 4,872 mangsa daripada 1,352 keluarga setakat jam 2 petang ini yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima buah daerah.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu seramai 7,498 orang daripada 2,061 keluarga ditempatkan di 97 PPS di lima daerah.

Kesemua PPS di tiga buah daerah iaitu Lipis, Jerantut dan Raub ditutup pagi semalam selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan menunjukkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan di PPS dengan iaitu seramai 2,772 orang daripada 794 keluarga yang dipindahkan di 29 PPS.

Ia diikuti daerah Maran dengan 1,111 mangsa daripada 330 keluarga dipindahkan di 19 PPS manakala Temerloh dengan 35 mangsa daripada enam keluarga yang dipindahkan di empat PPS.

Selain itu, daerah Bera mencatatkan 178 mangsa daripada 48 keluarga yang dipindahkan di dua PPS, dan daerah Kuantan dengan 776 mangsa daripada 174 keluarga dipindahkan di tujuh PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download