Keadaan banjir di Pekan yang semakin pulih.

BANJIR DI PAHANG TERUS PULIH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 17 JANUARI 2021: Banjir di negeri ini terus pulih apabila hanya tinggal tiga daerah dilanda bencana itu dengan membabitkan seramai 3,107 mangsa daripada 862 keluarga yang dipindahkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 4,872 mangsa daripada 1,352 keluarga ditempatkan di 62 PPS di lima daerah.

Kesemua PPS di dua buah daerah iaitu Temerloh dan Bera ditutup pagi ini selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan menunjukkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan di PPS dengan iaitu seramai 2,050 orang daripada 597 keluarga yang dipindahkan di 20 PPS.

Ia diikuti daerah Maran dengan 342 mangsa daripada 107 keluarga dipindahkan di lapan PPS dan Kuantan dengan 715 mangsa daripada 157 keluarga dipindahkan di lima PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download