Foto:FB Polis Kuantan

BANJIR DI PAHANG MAKIN BURUK, 1,024 MANGSA DIPINDAHKAN

KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila enam daerah kini dilanda banjir akibat hujan lebat sejak kelmarin iaitu Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Jerantut dan Raub.

Berdasarkan laporan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 2 petang hari ini, seramai 1,024 mangsa daripada 278 keluarga dipindahkan ke 32 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 352 lelaki, 376 wanita, 280 kanak-kanak dan 16 bayi.

Foto:FB JKR Raub.

Daerah Raub menyaksikan jumlah pemindahan tertinggi setakat ini apabila seramai 219 mangsa daripada 58 keluarga dipindahkan ke enam PPS manakala lapan lagi PPS sudah dibuka dan bersedia menerima kehadiran mangsa.

Enam PPS yang dibuka ialah Balai UMNO Kampung Batu Talam menempatkan tujuh mangsa daripada empat keluarga, PPS Surau Kampung Peruas menempatkan 61 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Balairaya Kampung Pamah Kulat menempatkan 76 mangsa daripada 15 keluarga, Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai yang menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga, PPS Balairaya Kampung Sempam Baru menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga dan PPS Masjid Kuala Temau dengan 17 mangsa daripada 11 keluarga.

Di Jerantut pula, seramai 206 mangsa daripada 48 keluarga dipindahkan ke empat buah PPS iaitu PPS Dewan JKKK (FELDA) Kota Gelanggi Satu dengan menempatkan 114 mangsa daripada 23 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan Batu Balai menempatkan 33 mangsa daripada 10 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu menempatkan 25 mangsa daripada enam keluarga dan PPS LKTP Tekam Utara dengan menempatkan 34 mangsa daripada enam keluarga.

Foto: FB Polis Daerah Rompin

Di Rompin pula, seramai 195 mangsa daripada 57 keluarga dipindahkan ke lima buah PPS iaitu PPS Balairaya Bukit Lepas menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan Pontian menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga, PPS Dewan Orang Ramai Bukit Ibam menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga, PPS Kampung Setajam dengan menempatkan 124 mangsa daripada 36 keluarga dan PPS Balairaya Kampung Jawa dengan menempatkan Sembilan mangsa daripada empat keluarga.

Di Temerloh pula, seramai 176 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke empat buah PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Desa Bakti dengan menempatkan 151 mangsa daripada 48 keluarga, PPS Dewan Belia Paya Luas menempatkan 16 mangsa daripada tiga keluarga, PPS Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga dan Dewan JKKK Kampung Gua Baru dengan menempatkan dua mangsa daripada satu keluarga.

Foto: FB JKR Maran.

Di Maran pula, seramai 120 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS iaitu PPS Balairaya Kampung Jara yang menempatkan 44 mangsa daripada 13 keluarga dan PPS Surau Sungai Jerik menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Maran pula sudah pun dibuka dan bersedia menerima kehadiran mangsa banjir.

Foto: FB Polis Kuantan

Di Kuantan pula, seramai 111 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Paya Bungor dengan menempatkan 84 mangsa daripada 23 keluarga manakala PPS Bengkel Jahitan KEMAS pula menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 11,173 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download