Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB Dato' Mustapa Long menyantuni mangsa banjir di Balora Aur Gading, Lipis kelmarin sebelum Pusat Pemindahan Sementara itu ditutup hari ini.

BANJIR DI LIPIS TELAH PULIH, MANGSA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH MASING-MASING

BANJIR DI LIPIS TELAH PULIH, MANGSA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH MASING-MASING

KUANTAN, 16 JULAI 2020: Banjir di Lipis pulih sepenuhnya apabila semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup kira kira jam 2 petang tadi.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dan Balora Aur Gading sudah pun dibenarkan pulang ke rumah masing masing.

Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Long menyantuni mangsa banjir di Balora Aur Gading, Lipis kelmarin sebelum Pusat Pemindahan Sementara itu ditutup hari ini.

Difahamkan kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak beberapa hari lalu dan pihak berkuasa telah memindahkan kesemua penduduk kampung terlibat ke PPS berdekatan.

Kelmarin menerusi laman Facebook Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Long berkata, banjir ini berpunca daripada limpahan air Sungai Berhamah dan Sungai Merapoh ke Sungai Tanum ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: