Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah turut melawat mangsa banjir di daerah Kuantan.-Foto Instagram this.7.

BANJIR: 38 MANGSA DIPINDAHKAN DI DUA DAERAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Ihsan Bomba

KUANTAN, 20 DISEMBER 2020: Seramai 38 mangsa melibatkan enam keluarga telah dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kuantan dan Jerantut.

Berdasarkan aplikasi info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 12 tengah hari tadi mangsa banjir yang dipindahkan terdiri daripada 10 mangsa lelaki, 10 mangsa wanita, 20 kanak-kanak dan seorang bayi.

Anggota bomba memantau jalan yang ditutup akibat banjir di daerah Jerantut.

Di Kuantan, satu PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Sungai Ular menempatkan seramai 25 mangsa daripada empat keluarga manakala di Jerantut pula membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan Teh menempatkan 13 mangsa melibatkan dua keluarga.

Sementara itu, berdasarkan Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut, empat jalan di daerah Jerantut ditutup kepada semua kenderaan manakala satu jalan ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air.

Salah satu jalan di Jerantut yang ditutup akibat dinaiki air

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Ulu Retang-Merting, Jalan Sg Yap-Pasir Tambang, Jalan Kg Rebus-Padang Piol dan Jalan Batu Embun-Lipis berhampiran Sg Kerak manakala Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah turut melawat mangsa banjir di daerah Kuantan.

Foto: Instagram this.7.

Lawatan itu dikongsi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam laman Instagram baginda hari ini.
– PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 7,550 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download