Keadaan banjir di Chegar Perah, Lipis.

BANJIR: 268 MANGSA BANJIR DI LIPIS DIPINDAHKAN

KUANTAN, 14 JULAI 2020: Seramai 268 mangsa daripada 68 keluarga dipindahkan ke satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Lipis berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 3.25 petang, kesemua mangsa ditempat di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah.

Keadaan banjir di Chegar Perah, Lipis.
Keadaan banjir di Chegar Perah, Lipis.

Difahamkan kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam kelmarin dan pihak berkuasa telah memindahkan penduduk kampung yang terbabit ke PPS.

Pihak berkuasa juga telah memberi bantuan bekalan makanan basah, selimut, bantal dan keperluan lain yang turut dibantu pihak pengurusan komuniti kampung.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Long ketika melawat mangsa banjir di Chegar Perah, Lipis.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Long dalam lama Facebooknya berkata, banjir berpunca daripada ledakan air dari Sungai Berhamah dan Sungai Merapoh ke Sungai Tanum akibat hujan lebat sejak malam kelmarin.

“Ini memberi kesan kepada penduduk Kampung Chegar Perah sehingga menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download