Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato' Sri Dr Ismail Abd Muttalib pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 di Kampung Salong, di Pekan.

BAJET 2021 TENTUKAN PERMOHONAN BAHARU RUMAH MESRA RAKYAT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 29 JUN 2020: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibuka kembali selepas peruntukan tambahan bagi pembinaan rumah berkenaan dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan 2021 nanti.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, Rumah Mesra Rakyat (RMR) menjadi idaman, igauan dan minat penduduk terutamanya mereka yang berada di bawah (kategori) B40 dan M40

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 di Kampung Salong, di Pekan.

“Kerajaan cukup prihatin dan cukup serius untuk memberikan perhatian bagaimana kita boleh menambahkan lagi pembinaan rumah-rumah RMR. Kita ada (senarai) menunggu lebih kurang 7,000 pemohon dan saya telah bercakap dengan kawan-kawan (pemimpin) di peringkat negeri seperti Exco supaya kita pergiatkan lagi pembinaan RMR yang cukup indah dan cantik.

“Jadi sekarang ini kita sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan oleh kerajaan dan saya kira semakin cepat kerajaan beri peruntukan, semakin cepat kita akan beri ruang kepada rakyat untuk buat permohonan RMR,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 bersama peserta Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Salong, di sini.

Turut sama, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), YH. Dato’ Hasbullah Osman; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Jabatan Penerangan di Kampung Salong, di Pekan.

Pada majlis itu, seramai 31 orang pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Parlimen Pekan menerima surat makluman kelulusan permohonan mereka.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM243 juta bagi membina kira-kira 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara untuk tahun ini.

Katanya, sehingga bulan Mei lalu sebanyak 94,638 permohonan RMR diterima dan dinilai dengan 51,746 daripadanya sudah diluluskan.

“Berdasarkan statistik semasa, negeri Pahang adalah negeri kelima tertinggi bagi Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan jumlah 9,899 dan daripada jumlah itu, 4,579 diluluskan dan empat ribu sembilan 4,009 unit sudah di siapkan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download