Atlet Pahang Sumbang 8 Emas Dalam Sukan SEA

Oleh: Shahrinnahar Latib
Foto: Ihsan Majlis Sukan Negara

KUANTAN : Atlet dari negeri ini membantu menyumbang lapan pingat emas dalam Sukan SEA ke-30 di Filipina bermula 30 November hingga semalam.

Atlet berkenaan adalah bagi mewakili sukan gimrama, hoki dalam dewan (lelaki dan wanita), karate, boling padang, silat, polo dan bola jaring.

Selain itu, atlet Pahang juga berjaya membantu negara meraih lima pingat perak dan lima gangsa dalam temasya sukan berkenaan.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Encik Mohamed Rasdan Mohamed Razali berkata, atlet yang membantu negara mendapat pingat emas adalah Koi Sie Yan (gimrama), Mohd Khairul Affendy Kamaruzaman dan Muhammad Izham Azhar (hoki dalam dewan lelaki), Nor Hasliza Md Ali, Nuraini Abdul Rasyid dan Wan Norfaiezah Md Saiuti (hoki dalam dewan wanita) serta Emmanuel Leong Theng Kuang (karate).

“Selain itu, turut menyumbang pingat emas adalah Nurul Alyani Jamil (boling padang), Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga (silat), Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Sulaiman, Amran Selamat, Syed Ahmad Saipulrudin Sayed Mohd, Muhammad Faizal Abu Bakar (polo) serta Nurul Asyikin Kamalzaman (bola jaring),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 43 atlet dari Pahang menyertai 23 sukan yang dipertandingkan dalam temasya sukan berkenaan.

Kontinjen Malaysia mencapai kedudukan kelima carta pungutan pingat dengan mengumpul 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa, ketinggalan 170 peratus pungutan emas oleh juara keseluruhan Filipina

PahangMedia

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error