Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff ketika melawat sebuah PPS di dalam Dewan Negeri Bebar.

ASPEK KEBERSIHAN DI PPS PERLU DIUTAMAKAN

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 7 JANUARI 2021: Semua yang terlibat dengan pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan Dewan Negeri (DN) Bebar diminta agar memastikan aspek kebersihan makanan termasuk di tempat memasak diutamakan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata, kebersihan ketika penyediaan makanan amat penting agar mangsa banjir tidak mengalami keracunan makanan atau menghidapi penyakit bawaan haiwan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff ketika melawat sebuah PPS di dalam Dewan Negeri Bebar.

“Saya amat berharap agar Penghulu, Ketua Kampung dan jawatankuasa banjir dapat mengambil berat saranan ini dan melaksanakannya dengan serius.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan untuk membeli semburan racun serangga bagi memastikan mangsa banjir di PPS terhindar dari nyamuk, lipas dan serangga lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) meninjau keadaan dua lagi PPS di Bebar yang baharu dibuka semalam iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Padang Rumbia dan Dewan Kampung Serambi di sini semalam.

Beliau juga ingin mengingatkan semua pengguna jalanraya agar berhati-hati terutamanya di waktu malam kerana terdapat haiwan ternakan penduduk seperti lembu dan kambing kini ditempatkan ditepi jalan akibat kandang telah dilanda banjir.

“Penduduk yang mempunyai haiwan ternakan juga hendaklah sama bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap haiwan ternakan mereka dengan menambat ditempat yang lebih sesuai tanpa membiarkan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.

Lembu yang berkeliaran di jalan raya akibat banjir.

“Binalah kandang sementara seperti menggunakan dawai dan kayu agar haiwan-haiwan ini tidak berkeliaran dijalan raya,” katanya.

Sementara itu, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Bebar kini mencecah 230 orang yang ditempatkan di tujuh PPS setakat semalam.

“Dijangka lebih ramai akan dipindahkan memandangkan trend air Sungai Pahang yang semakin meningkat kerana air hulu di Jerantut dan Lipis kini mengalir ke daerah Pekan. Ditambah pula keadaan hujan yang masih berterusan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 495 total views,  21 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download