Datin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali.

ARWAH RAJIN DI DAPUR, BELI BANYAK MAKANAN – ISTERI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali & Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 7 MEI 2020: Masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba, Datin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali tidak menyangka sikap rajin ditunjukkan Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun menjadi petanda akhir dan menjadi kenangan untuk selamanya.

Menurutnya, tiada perubahan ketara namun arwah dilihat rajin ke dapur sejak beberapa minggu lalu sedangkan sebelum ini tidak ambil kisah tentang hal di dapur kerana sibuk dengan urusan kerja.

“Selepas arwah tiada, baru saya teringat arwah rajin ke dapur tolong sediakan bahan-bahan untuk saya masak seperti siang ikan dan sebagainya.

“Arwah juga beli banyak bekalan makanan termasuk bahan-bahan mentah. Saya ingat saja beli untuk bulan puasa, tetapi rupanya arwah nak pergi tinggalkan saya buat selamanya,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian suaminya di Tanah Perkuburan Islam Chini dekat sini.

Allahyarham Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini itu meninggal dunia pada pukul 11.55 malam semalam di HKL akibat serangan jantung.

Sementara itu, Datin Seri Razana Fatin turut berkongsi detik terakhir berhubung melalui aplikasi Whatsapp dengan arwah suaminya pada pukul 10.30 malam semalam.

“Arwah ke Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat perniagaan petang semalam dan sebelum kejadian dia beritahu nak keluar ambil barang di Bangsar.

“Selepas itu saya fikir mungkin arwah penat dan nak berehat, jadi saya pun berehat dan baring di rumah sebelum dihubungi pemandu yang mengatakan arwah semput dan rebah.

“Arwah dibawa ke HKL dengan menaiki ambulan sebelum disahkan sudah meninggal dunia ketika sampai di hospital oleh doktor bertugas,” kongsinya.

Katanya lagi, beliau redha dengan pemergiaan suaminya walaupun ia berlaku secara mengejut. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: