KUANTAN, 20 JANUARI 2021: Banjir yang melanda Pahang sejak awal bulan ini, pulih sepenuhnya hari ini selepas empat pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kuantan dan Pekan menamatkan operasinya pagi tadi.
Empat PPS berkenaan adalah di Dewan Melati Penjara Penor dan Sekolah Kebangsaan Benut Rendang di Kuantan serta SK Temai dan Dewan PKB Padang Rumbia di Pekan.
PPS berkenaan menempatkan seramai 509 mangsa dan melibatkan 129 keluarga. – PAHANGMEDIA