BERA, 12 JANUARI 2021: Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Bera.
Antara PPS yang dilawati beliau adalah PPS Surau Kampung Puchong Lama, PPS Masjid Jamek Kampung Kuala Bera, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu Papan, PPS SK Batu Papan dan PPS SK Bukit Gemuruh.
Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, YH. Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmat, Ketua Unit, Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar, YH. Dato’ Muhammad Olian Abdullah dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Bin Mohd Tarmizi.
Sehingga kini, berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Bera mencatatkan seramai 1,636 mangsa daripada 454 keluarga yang dipindahkan ke 16 PPS. – PAHANGMEDIA