Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa di Mentakab- Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

AMARAN HUJAN SANGAT LEBAT DI ENAM DAERAH DI PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya membabitkan hujan sangat lebat yang dijangka berterusan sepanjang hari ini di enam daerah di Pahang.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, kawasan yang diletakkan dalam bahaya membabitkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Cuaca buruk berkenaan dijangka akan berterusan bermula hari ini hingga 4 Januari 2021 (Isnin).

“Bagi kawasan diletakkan dalam keadaan buruk iaitu hujan lebat ialah di Raub, Bentong dan Bera.

“Bagi kawasan ini dijangka hujan lebat berterusan sehingga 5 Januari 2021 (Rabu) ” kata kenyataan itu. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download