TEMERLOH, 2 NOVEMBER 2020: Menteri Besar Pahang meluluskan peruntukan lebih RM80,000 untuk membaiki merosakan akibat ribut kepada Sekolah Agama KAFA FELDA Jengka 21 di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kejadian ribut itu menyebabkan atap dan siling sekolah berkenaan pecah serta bahaya untuk pelajar.

“Malah pendawaian elektrik juga perlu diganti. Hasil laporan daripada pihak JKR dan JAIP kerja-kerja ini akan melibatkan kos lebih RM80,000 aerta dijangka dapat dilaksana selama lapan minggu.
“Justeru saya telah memohon jasa baik Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bagi menampung kos ini. Ia telah mendapat perhatian serta kelulusan segera daripada Menteri Besar Pahang,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Kerdau turun padang meninjau dan menghulurkan bantuan kepada Sekolah Agama KAFA berkenaan yang mengalami kerosakkan akibat dilanda ribut baru-baru ini.
Beliau berharap dengan sedikit bantuan ini mampu memberi keselesaan kepada pihak sekolah khususnya pelajar yang terlibat dalam sesi pembelajaran. – PAHANGMEDIA