Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
JERANTUT, 11 MAC 2026 : Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang memberi kelegaan kepada seorang bapa apabila bantuan tersebut dapat meringankan kos rawatan anaknya yang menjadi mangsa patukan ular pada tahun lalu.
Encik Muhammad Nasba Nasaruddin, 36, dari Kampung Lata Kasah berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini dapat membantu meringankan beban kewangan bagi perubatan anaknya, Nur Airina Qhalisya, 3 tahun yang dipatuk ular.

“Hari ini dapat bantuan untuk kos rawatan untuk anak saya kena patuk diular . (Sumbangan) Untuk kita beli, dia punya lampin pakai buang, susu, dan ada peralatan-peralatan yang kita beli macam katil. Dan bilik yang diperlukan tu kena ada aircond dan semuanya. So, perlukan duit.
“Anak kena (patuk ular) September tahun lepas Sekarang progress Alhamdulillah, dia dah sedar daripada dia punya koma tapi badan-badan dia masih stiff. Luka di belakang kepala pun dah kembali pulih cuma perlukan further perawatan.
“Dia kena patuk tu dekat belakang telinga kiri. So dia punya toxin dia tu, dia jadi rosak saraf dia. Sekarang ni dia nak bernafas tu dia tak boleh fully sendiri. Dia kena pakai pernafasan So, dia dah tebuk buat lubang track (di leher). Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang membantu saya,” katanya.
Beliau berkata bantuan ini sangat membantu kos rawatan kira-kira RM800 sebulan tidak termasuk kos peralatan lain serta ubat-ubatan anaknya.
“Bantuan ini sangat membantu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Wan Rosdy selaku Menteri Besar Pahang kerana beri sumbangan kepada keluarga say bagi menampung kos rawatan perubatan untuk anak saya.
“Sebulan (kos) overall dekat RM800. Sebab kita ada peralatan yang kita kena beli dan ada peralatan yang dapat daripada kerajaan sebagai contoh mesin pernafasan dia, suction machine, SPO2 punya mesin, banyak lagi yang nak pakai lah,” katanya.
Sementara itu, Encik Amirul Aznif, 30, dari Kampung Bantal turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan YAB. Menteri Besar Pahang diatas pemberian yang dapat meringankan beban kewangannya bagi pembinaan kandang kerbau.

“Hari ini saya dapat sumbangan membesarkan kandang kerbau yang saya usahakan dalam 4 ke 5 bulan. Baru buat sikit-sikit, ratakan tapak semua, jadi sekarang saya nak kos beli barang untuk besi, simen untuk kita nak buat tapak kerbau dengan lantai untuk kandang.
“Perasaan saya, senanglah dapat sumbangan ni. Saya memang mengharapkan bantuan ni sebab harga barang kos pun sekarang dah tinggi, jadi kita tak dapat nak tanggung, tampung sendiri.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana bagi sumbangan ni kepada saya. Saya akan buat sebaik mungkin,” katanya yang memiliki kira-kira sembilan ekor kerbau buat masa kini,” katanya.
Seramai 15 penerima menerima bantuan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai keseluruhan RM350,000 yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jerantut hari ini. -PAHANGMEDIA

