BANJIR DI LIPIS TELAH PULIH, MANGSA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH MASING-MASING
KUANTAN, 16 JULAI 2020: Banjir di Lipis pulih sepenuhnya apabila semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup kira kira jam 2 petang tadi.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dan Balora Aur Gading sudah pun dibenarkan pulang ke rumah masing masing.

Difahamkan kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak beberapa hari lalu dan pihak berkuasa telah memindahkan kesemua penduduk kampung terlibat ke PPS berdekatan.
Kelmarin menerusi laman Facebook Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Long berkata, banjir ini berpunca daripada limpahan air Sungai Berhamah dan Sungai Merapoh ke Sungai Tanum ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – PAHANGMEDIA