Oleh : Ain Nadhirah Basha dan Nurul Amylea Maisarah Abdul Halim
KUANTAN, 24 APRIL 2024 : UCYP University menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) bersama dua institusi dari Indonesia iaitu Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKS-PTKIS) Riau dan Universitas Potensi Utama (UPU) Medan hari ini.
Sesi menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor UCYP University, YH. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti) UCYP University, YBhg. Profesor Madya Dr. Azhar Jaafar@Ramli.
Manakala Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKS-PTKIS) Riau pula diwakili oleh Ketua BKS-PTKIS Riau, Indonesia, Ybhg. Profesor Dr. Zulkifli Rusby dan disaksikan oleh Ketua Bahagian, Lembaga Kerjasama Internasional UPU Medan, YBhg. Ibu Nursyah Handayani.
Perjanjian ini merupakan tanda komitmen UCYP University dalam memperluaskan rangkaian kerjasama dari segi akademik serta mengukuhkan hubungan strategik bersama institusi pendidikan di peringkat global selain mampu memberi manfaat bagi kedua-dua pihak dalam pembangunan bidang pendidikan dan penyelidikan.
Perjanjian kerjasama ini juga di lihat dapat membuka peluang dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran tenaga pengajar dan pelajar, penganjuran kolokium antarabangsa, penyelidikan bersama, serta sesi perkongsian ilmu antara dua negara.
Seramai 40 delegasi dari Indonesia yang mewakili 24 institusi telah hadir pada majlis ini di Dewan Auditorium, UCYP University. -PAHANGMEDIA

