Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
PEKAN, 11 JANUARI 2024 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli melawat kawasan mendapan jalan di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat di Lebuhraya Tun Razak di sini.
Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar sembah taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, YBrs. Ir. Hafizah Zakaria mengenai kejadian tersebut dan tindakan yang dijalankan oleh pihak JKR.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; dan YAM. Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Al-Sultan Abdullah dalam lawatan hampir 30 minit berkenaan turut berkenan meninjau secara dekat kawasan mendapan tersebut serta turut berkenan menyantuni para pekerja di kawasan tersebut. -PAHANGMEDIA

