Oleh: Farahin Rosli
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
BENTONG, 14 SEPTEMBER 2023 : UMNO perlu berada di dalam tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan kembali parti keramat itu.
Naib Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, hasil daripada kerjasama bersama Kerajaan Perpaduan juga, sebarang permohonan atau projek akan mudah mendapat kelulusan serta peruntukan.
“Bila kita ada dalam kerajaan, kita boleh pulihkan UMNO yang semakin terhakis, kita nak pulihkan balik, sebagai contohnya di Simpang Renggam ada banyak dah kepimpinan Melayu yang menang, begitu juga di Pulai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Ramah Mesra Penduduk Kampung Chemomoi bersama di Dewan Serbaguna Kampung Chemomoi, di sini hari ini.
Turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Sri Mohammad Zaini Salleh.
Beliau juga turut memberi jaminan bahawa sebarang hak dan keistimewaan bumiputera tidak akan diganggu walaupun bergabung dengan parti politik yang lain.
“PN (Perikatan Nasional) tak nak kawan dengan kita, tapi sebab kita UMNO parti keramat, orang yang dulu kita maki hamun datang hulurkan tangan, jemput kita untuk bersama dengan dia (DAP), dan kita bagi syarat untuk gabung dengan kita, lantik UMNO untuk jadi Menteri Besar di Pahang.
“DAP tidak akan sesekali mempersoalkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan, tidak akan mempersoalkan Institusi Raja, hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” katanya. – PAHANGMEDIA

