Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 30 OGOS 2023 : Kerja-kerja pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) telah pun melebihi 75 peratus buat masa kini.
YB. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata buat masa ini kerja-kerja pengisian sedang dijalankan.
“Buat masa ini kalau diikutkan lebih dari tiga suku (pembinaan PPSAS), dan more to fitting, dari segi kerangka dah siap cuma untuk mengisi kerangka tersebut, benda-benda decoration dan interior.

“Namun kita dapati banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Dan lawatan hari ini juga untuk melihat sesuai atau tidak perasmian dijalankan pada September ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak bagi kawasan perbarisan dan kawalan kehormat sempena istiadat pembukaan Dewan Negeri Pahang di KotaSAS hari ini.
Menurut beliau lagi, dalam lawatan pada hari ini, ada beberapa teguran telah dibuat kepada pihak kontraktor bagi proses penambahbaikan.
“Saya sebagai Yang DiPertua Dewan (Negeri Pahang) juga nak tahu progress dewan kita serta protokol dalam dewan tersebut dari segi kedudukan dan sebagainya. Ada beberapa teguran yang kita buat dalam lawatan pada hari ini yang kita lihat tidak sesuai digunakan,” katanya. -PAHANGMEDIA