Gambar hiasan

JANGAN RISAU LIHAT PESAWAT TERBANG RENDAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 28 OGOS 2023 : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal bermula 29 Ogos hingga 4 September 2023.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, orang ramai tidak perlu merasa cemas dan risau sekiranya melihat pesawat tentera terbang rendah sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat udara tentera yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, latihan penerbangan taktikal ini melibatkan aset-aset udara serta aset-aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menilai kecekapan anak kapal TUDM dan ATM.

“Latihan penerbangan taktikal antaranya bertujuan untuk menilai kecekapan anak kapal TUDM dan ATM serta pasukan sokongan logistik dalam kebersamaan latihan dan kebolehoperasian melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

“Latihan ini juga menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat- pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram