YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan Kerajaan Pahang kepada Encik Muhamad Nasharudin Zaidi.

PENTERNAK KERBAU GEMBIRA TERIMA BANTUAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 23 OGOS 2023 : Seorang penternak kerbau dari Kampung Lata Kasah, Jerantut sangat gembira dan terharu apabila mendapat bantuan berjumlah RM20,000 bagi membina kandang kerbau miliknya.

Encik Muhamad Nasharudin Zaidi, 25, berkata, penternakan kerbau yang diusahakan sudah dijalankan selama tiga sejak tahun 2020 di Kampung Lata Kasah, Jerantut dan bantuan ini akan digunakan untuk membina kandang bagi menempatkan 15 ekor kerbaunya.

Encik Muhamad Nasharudin Zaidi

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tok Wan memberi sumbangan kepada saya dan saya berharap dengan sumbangan ini dapat memajukan lagi penternakan kerbau ini,” katanya.

Sementara itu, Encik Nik Ricky Zulykefli Nik Mahmud, 35, yang mewakili ibunya menerima sumbangan RM5,000 bagi pembelian katil hospital, tilam Fila Finecer dan mesin sedut khas bagi ibunya, Puan Jumaah Mohd Basir, 60, yang diserang strok sejak tiga bulan lalu.

Encik Nik Ricky Zulykefli Nik Mahmud

“Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang terutamanya Tok Wan sendiri yang bantu meringankan beban rakyat-rakyat di Pahang terutamanya di Temerloh lah, di Temerloh memang banyak juga jasa Tok Wan ini,” katanya.

Sementara itu, Puan Norlida Abdul Jalil, 56, yang mewakili Presiden Kelab Generasi Prihatin Temerloh berasa terharu dan berterima kasih kerana telah menerima sumbangan RM10,000 bagi menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan kelab.

Puan Norlida Abdul Jalil

“Kami mewakili Kelab Generasi Prihatin Temerloh mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Menteri Besar di atas sumbangan untuk kelab kami,” katanya.

Kesemua 10 penerima telah mendapat sumbangan masing-masing yang disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dengan jumlah keseluruhan RM211,600.

Majlis ringkas telah diadakan di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pagi tadi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram