Pengukuran kualiti dan liputan perkhidmatan 4G bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal bersama Pengarah MCMC Pahang, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor.

“APA ADA DI KAMPUNG INI SAMA DENGAN BANDAR” – KETUA KAMPUNG BANTAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Radin Mohd Norhilmi Nordin

JERANTUT, 27 JULAI 2023 : “Apa yang ada di kampung ini (capaian telekomunikasi) sama dengan apa yang ada di bandar juga,” kata Tok Empat Kampung Bantal, Encik Hamdan Ali.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kperihatinan terhadap penduduk di kawasan luar bandar.

Tok Empat Kampung Bantal, Encik Hamdan Ali

“Sekarang saya tengok dari segi pemantauan dari segi telekomunikasi, Alhamdulillah sama taraf dengan di bandar. Buat masa sekarang (capaian telekomunikasi) di sini berada dalam keadaan baik, stabil dan memuaskan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Encik Hasimi Ali dari Kampung Mogol, capaian telekomunikasi di kampungnya juga dalam keadaan memuaskan berbanding sebelum ini.

Encik Hasimi Ali dari Kampung Mogol

“Sebelum ini penduduk kampung perlu ke kampung sebelah iaitu Kampung Berembang untuk mendapatkan internet atau membuat panggilan. Tapi selepas menara baharu di Kampung Berembang beroperasi, penduduk kampung tak perlu lagi keluar dari rumah seperti dulu,” katanya.

Sebanyak sembilan menara baharu di bina di sepanjang sungai Ulu Tembeling melibatkan Kampung Pagi, Kampung Beruit, Kampung Sat, Kampung Bantal, Kampung Semena, Kampung Mat Daling, Kampung Berembang, Kampung Gusai, dan Kampung Orang Asli Sungai Kucing. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram