Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man merasmikan Majlis Pelancaran GIVI Rimba Raid Taman Negara 2023 Edisi ke-8 di Genting Highlands bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit’ oleh peserta-peserta yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim.

CARA GIVI RIMBA RAID TAMAN NEGARA TARIK 270 PENYERTAAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 24 JULAI 2023 : Seramai 270 peserta telah mendaftar bagi menyertai acara Givi Rimba Raid Taman Negara Edisi ke-8 akan diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September ini.

Acara lasak melibatkan jenis motorsikal berkuasa tinggi telah menarik perhatian peserta daripada 25 buah negara akan diadakan di Taman Negara, Jerantut dan akan melalui perjalanan sepanjang 220 kilometer di dalam hutan di Kuala Tahan, Jerantut.

Terdapat 219 penyertaan berkumpulan dan 51 penyertaan individu direkodkan dengan peningkatan dari penyertaan peserta luar negara seramai 139 orang pada tahun ini melebihi peserta tempatan di mana jumlah penyertaan peserta tempatan seramai 131 orang sahaja.

Acara ini juga menarik penyertaan peserta wanita seramai 20 orang daripada 6 buah negara bagi bersaing bersama-sama peserta lelaki dalam acara yang secara dasarnya didominasi peserta lelaki seramai 250 orang di mana terdapat tiga kategori yang dipertandingkan pada acara ini iaitu Class A, Class B dan Class C.

Ia merupakan acara yang memberi impak besar kepada Industri pelancongan terutamanya industri pelancongan di Negeri Pahang secara amnya kerana dapat menarik penyertaan seramai peserta luar negara dan ia juga merupakan acara utama yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man telah merasmikan Majlis Pelancaran GIVI Rimba Raid Taman Negara 2023 Edisi ke-8 di Genting Highlands bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit’ oleh peserta-peserta yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram