MENTERI BESAR PAHANG SIMPATI NASIB MANGSA KEPALA AIR DI JERAM MAWAR


KUANTAN, 3 JULAI 2023 : YAB Menteri Besar Pahang hari ini melahirkan rasa sedih dan bersimpati terhadap kejadian 10 individu dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar Air Putih, Chukai, Kemaman, semalam.

Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan Kerajaan Negeri juga bersedia untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

“Saya merasa sedih dan bersimpati apabila mendapat perkhabaran 10 individu dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar Air Putih.

“Lebih menyedihkan apabila sembilan daripada mereka merupakan satu keluarga dari FELDA Lepar Hilir, Kuantan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Media melaporkan sehingga kini sembilan mangsa telah ditemukan lemas, manakala seorang lagi mangsa masih hilang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram